Thursday 13 October 2016

BERCAHAYA MELALUI TEKNOLOGI HIJAU LAMPU JALAN LED TECHWONMAJU... TERBAIK DAN TERHEBAT...

PROMOSI MENARIK DAN TERHEBAT PENJUALAN PRODUK LAMPU JALAN LED DAN LAMPU DALAMAN LED BERTEKNOLOGI HIJAU TECHWONMAJU DARI KOREA SELATAN YANG DIPASARKAN DAN DIJUAL OLEH TECH WON MAJU LED SDN. BHD. DI MALAYSIA


Sila klik link dibawah ini untuk maklumat lanjut mengenai Lampu LED Techwonmaju di Malaysia


Promosi menarik mengenai Tech Won Maju LED Sdn. Bhd. untuk memasarkan dan menjual lampu LED untuk jalan dan lampu LED dalam bangunan dari Korea Selatan di Malaysia. Berminat untuk mendapatkan maklumat dan membeli produk lampu LED TECHWONMAJU serta maklumat lanjut mengenai Tech Won Maju LED di Malaysia sila hubungi @ SMS @ WHATSAPP Pn IZA +6012-3428 908 atau 03 21665005 emailkan kepada techwonmaju@asia.com

Melaka negeri hijau 2020




FENOMENA pemanasan global yang disebabkan oleh pelepasan gas karbon tidak terkawal daripada kilang-kilang dan kenderaan semakin membimbangkan.
Pemanasan global berlaku apabila gas-gas karbon yang terdapat di udara membenarkan haba masuk ke bumi dan menghalangnya daripada keluar. Situasi itu menyebabkan suhu permukaan bumi meningkat.
Menurut kajian, suhu permukaan bumi dianggarkan meningkat secara purata sebanyak satu darjah Celsius daripada tahun 2012 hingga 2015.
Sekiranya, kajian itu dijadikan sandaran, manusia dan seluruh tamadunnya dijangka pupus kerana kekurangan sumber makanan ekoran cuaca panas serta pencairan ais di kutub sehingga meningkatkan paras air laut menjelang tahun 2100.
Menyedari hakikat itu, Melaka mengorak langkah untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas karbon menerusi program pembangunan teknologi hijau.
Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka, Datuk Wira Md. Yunos Husin berkata, Melaka merupakan negeri pertama di Malaysia yang memberi fokus kepada pembangunan teknologi hijau.
“Ia juga selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon kepada kadar 40 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita menjelang tahun 2020,” katanya ketika ditemu bual Kosmo! di pejabatnya baru-baru ini.
Bagi merealisasikan impian itu, kerajaan negeri telah mewujudkan sebuah organisasi hijau yang dikenali sebagai Perbadanan Teknologi Hijau Melaka pada 2013.
Menerusi agensi itu, kerajaan negeri merancang sebanyak 23 program inisiatif hijau sehingga tahun 2020.
Antara program yang dilaksanakan ialah mewujudkan Bandar Hijau Hang Tuah Jaya, Melaka World Solar Valley, ladang solar, rangkaian stesen pengecas kereta, penggunaan bas elektrik, larangan penggunaan beg plastik dan polisterin serta program biodiesel Melaka.
Katanya, salah satu program yang berjaya memberi impak ialah pembukaan ladang solar pertama di Melaka iaitu Rembia dan Bandar Hijau Hang Tuah Jaya.
Piawaian

“Melaka telah mewujudkan dua buah ladang solar iaitu di Rembia dengan kapasiti lima megawatt dan Bandar Hijau Hang Tuah Jaya (lapan megawatt).
“Tenaga itu kemudiannya dijual kepada Tenaga Nasional Berhad sebelum diagihkan ke rumah-rumah dan premis perniagaan di sekitar Melaka,” katanya.
Melaka juga mewujudkan sebuah kawasan khusus untuk pembangunan teknologi hijau iaitu di Bandar Hijau Hang Tuah.
Ujar Md. Yunos, semua pembangunan bandar di kawasan itu perlu mematuhi piawaian pembangunan bangunan hijau seperti Meterai Hijau Melaka, Green Building Index dan Leadership in Energy and Environmental Design.
“Kami telah mengisytiharkan kawasan seluas 2,085 hektar ini sebagai kawasan hijau.
“Rumah-rumah dan bangunan yang dibina di kawasan ini perlulah menggunakan teknologi-teknologi mesra alam. Antaranya, penggunaan lampu LED, sensor pada pancur air dan tenaga solar,” katanya.
Mengulas respons masyarakat mengenai program-program pembangunan hijau yang telah dilaksanakan di negeri itu, beliau memaklumkan ia sangat memberangsangkan.
Katanya, masyarakat sudah mula menerima dan mempraktikkan amalan-amalan hijau yang boleh membantu memelihara dan memulihara alam sekitar. – MOHD. SHAZWAN YUSOP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz4Lf4grBgo 
Hakcipta terpelihara 


No comments:

Post a Comment