Datuk Bandar, Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata, kewujudan ikon tersebut merupakan yang pertama di dunia dan merupakan salah satu daripada lima ikon yang diwujudkan kawasan MBJB.

“Ini bermakna skrin angkasa sepanjang 90 meter kali 20 meter yang diletakkan di luar tanpa bumbung, menjadikan MBJB yang pertama memasang skrin angkasa selain tarikan pintu gerbang, jata negeri, air pancut berirama dan jam kristal menggunakan huruf Arab.

“Saya yakin kewujudan ikon tersebut serta kerja pencahayaan akan menyerlahkan dan menjadi tarikan baharu bandar raya ini,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika mengadakan tinjauan pada sesi percubaan pencahayaan bandar raya ini, di sini semalam.

Menurut Abdul Rahman, apa yang dilakukan oleh MBJB adalah sebahagian daripada persiapan ke arah ‘Johor Bahru Bandar Raya Bertaraf Antarabangsa Menjelang 2020 (International City of Johor Bahru by 2020).

“Lampu ini akan dibuka mulai pukul 7 petang hingga 1 pagi setiap hari, mulai 1 hingga 14 November dalam proses percubaan dan selepas itu ia akan beroperasi sepenuhnya untuk tontonan orang ramai.

“Pada dasarnya saya rasa bangga kerana berjaya mewujudkan satu ikon yang akan menjadi tarikan para pengunjung ke bandar raya ini,” katanya lagi.