Monday 24 October 2016

BERCAHAYA MELALUI TEKNOLOGI HIJAU LAMPU JALAN LED TECHWONMAJU... TERBAIK DAN TERHEBAT...

PROMOSI MENARIK DAN TERHEBAT PENJUALAN PRODUK LAMPU JALAN LED DAN LAMPU DALAMAN LED BERTEKNOLOGI HIJAU TECHWONMAJU DARI KOREA SELATAN YANG DIPASARKAN DAN DIJUAL OLEH TECH WON MAJU LED SDN. BHD. DI MALAYSIA


Sila klik link dibawah ini untuk maklumat lanjut mengenai Lampu LED Techwonmaju di Malaysia


Promosi menarik mengenai Tech Won Maju LED Sdn. Bhd. untuk memasarkan dan menjual lampu LED untuk jalan dan lampu LED dalam bangunan dari Korea Selatan di Malaysia. Berminat untuk mendapatkan maklumat dan membeli produk lampu LED TECHWONMAJU serta maklumat lanjut mengenai Tech Won Maju LED di Malaysia sila hubungi @ SMS @ WHATSAPP Pn IZA +6012-3428 908 atau 03 21665005 emailkan kepada techwonmaju@asia.com




SELASA, 12 JULAI 2016 @ 3:50 PM 

ADB salur RM200 juta bina lampu jalan 


Oleh Badrul Hizar Ab Jabar bhizar@bh.com.my

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/172943






Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (dua dari kiri) dan Presiden ADB, Takehiko Nakao (dua dari kanan) menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Datuk Kamarudin Md Shah (tiga dari kiri) dan Ketua Pejabat Kerjasama Awam-Swasta ADB, Ryuchi Kaga (tiga dari kanan) pada majlis mendatangani kerjasama antara Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan Asian Development Bank untuk program khidmat nasihat pemasangan lampu LED di Singapura. - Foto ihsan Jabatan Ketua Menteri


SINGAPURA: Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) menandatangani perjanjian khidmat nasihat perniagaan bagi membangunkan projek pemasangan lampu jalan cekap tenaga di Melaka. Projek menerusi Perkongsian Awam Swasta (PPP) dengan kos kira-kira RM200 juta itu akan membabitkan pemasangan lebih 100,000 lampu jalan jenis diod pemancar cahaya (LED) di seluruh Melaka menggunakan sistem lampu rangkaian digital. Perjanjian itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Datuk Kamarudin Md Shah dan Ketua Pejabat Kerjasama Awam-Swasta ADB, Ryuchi Kaga. Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan Presiden ADB, Takehiko Nakao. Idris berkata, projek berkenaan akan meningkatkan pencahayaan, kos tenaga lebih rendah, mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan mengukuhkan keselamatan rangkaian jalan raya di seluruh Melaka. "Projek yang dibiayai menggunakan modal swasta ini, sekali gus menyokong usaha Malaysia mencapai pengurangan intensiti gas rumah hijau sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2020. "Selain itu, ia juga menjadi satu daripada inisiatif penting menerusi Program Pembangunan Bandar Mampan bagi Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT)," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di sini, hari ini. Menerusi perjanjian khidmat nasihat itu, ADB akan menjalankan kajian termasuk membangunkan struktur PPP dalam bank, mereka bentuk strategi perolehan bagi mengenal pasti dan memilih rakan kongsi sektor swasta yang bersesuaian serta memberi nasihat mengenai pemilihan dan rundingan. Sementara itu, Nakao berkata, pihaknya menyokong usaha Kerajaan Melaka meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam menerusi penggunaan teknologi canggih dan PPP. "Sehubungan itu, kita berharap projek ini akan menjadi model perniagaan baharu untuk kecekapan tenaga yang boleh diaplikasikan di negara lain di Asia Pasifik," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/172943

No comments:

Post a Comment