Wednesday 19 October 2016

BERCAHAYA MELALUI TEKNOLOGI HIJAU LAMPU JALAN LED TECHWONMAJU... TERBAIK DAN TERHEBAT...

PROMOSI MENARIK DAN TERHEBAT PENJUALAN PRODUK LAMPU JALAN LED DAN LAMPU DALAMAN LED BERTEKNOLOGI HIJAU TECHWONMAJU DARI KOREA SELATAN YANG DIPASARKAN DAN DIJUAL OLEH TECH WON MAJU LED SDN. BHD. DI MALAYSIA


Sila klik link dibawah ini untuk maklumat lanjut mengenai Lampu LED Techwonmaju di Malaysia


Promosi menarik mengenai Tech Won Maju LED Sdn. Bhd. untuk memasarkan dan menjual lampu LED untuk jalan dan lampu LED dalam bangunan dari Korea Selatan di Malaysia. Berminat untuk mendapatkan maklumat dan membeli produk lampu LED TECHWONMAJU serta maklumat lanjut mengenai Tech Won Maju LED di Malaysia sila hubungi @ SMS @ WHATSAPP Pn IZA +6012-3428 908 atau 03 21665005 emailkan kepada techwonmaju@asia.com

Melaka Fokus Ubah Minda Masyarakat Laksana Inisiatif Teknologi Hijau

MELAKA, 6 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka fokus untuk mengubah minda masyarakat di negeri ini dalam teknologi hijau bagi memastikan perlaksanaan inisiatif teknologi itu diterima lebih positif.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin berkata Melaka banyak melaksanakan inisiatif teknologi hijau namun semuanya hanya sia-sia sekiranya tidak mendapat sokongan daripada masyarakat.

"Kami memulakan perjalanan dalam inisiatif teknologi hijau pada 2011 dan kini Melaka merupakan bandar raya paling di hadapan di negara ini dalam mengadaptasi konsep bandar raya hijau untuk pembangunannya.

"Masih banyak yang perlu dilakukan dan cabaran yang perlu diatasi, namun saya percaya jika kita melaksanakan kerja masing-masing maka kita akan mencapai visi dalam tempoh yang ditetapkan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Seminar Penyelesaian Bandaraya Copenhagen Untuk Bandar Mampan selama sehari yang dihadiri Duta Besar Denmark ke Malaysia, Nicolai Ruge dan kira-kira 200 peserta dari Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Md Yunos berkata dengan perubahan iklim yang membawa kepada keadaan cuaca yang melampau maka tindakan perlu dilakukan bagi mengurangkan kesan akibat pembebasan karbon dan kesan rumah hijau.

"Baru-baru ini ini kerajaan negeri menjalin kerjasama dengan Bank Pembangunan Asia untuk menukar lampu jalan kepada berasaskan LED (Diod Pemancar Cahaya) yang lebih cekap tenaga dan dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik kira-kira 50 peratus berbanding lampu jalan konvensional.

"Selain itu, dalam tempoh tiga tahun Melaka telah melakukan banyak projek (teknologi hijau) antaranya bas elektrik, Hang Tuah Jaya Green City, Melaka World Solar Valley, Melaka River Rehabilitation Project dan Melaka Tanpa Beg Plastik," katanya.

Mengulas lanjut mengenai seminar itu, beliau berkata program itu bertujuan merapatkan hubungan antara Melaka dan Bandaraya Copenhagen di Denmark selain mempelajari konsep teknologi hijau yang dilaksanakan bandar raya tersebut.

-- BERNAMA


Source : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1280248




No comments:

Post a Comment