Thursday, 29 September 2016

BERCAHAYA MELALUI TEKNOLOGI HIJAU LAMPU JALAN LED TECHWONMAJU... TERBAIK DAN TERHEBAT...

PROMOSI MENARIK DAN TERHEBAT PENJUALAN PRODUK LAMPU JALAN LED DAN LAMPU DALAMAN LED BERTEKNOLOGI HIJAU TECHWONMAJU DARI KOREA SELATAN YANG DIPASARKAN DAN DIJUAL OLEH TECH WON MAJU LED SDN. BHD. DI MALAYSIA


Sila klik link dibawah ini untuk maklumat lanjut mengenai Lampu LED Techwonmaju di Malaysia


Promosi menarik mengenai Tech Won Maju LED Sdn. Bhd. untuk memasarkan dan menjual lampu LED untuk jalan dan lampu LED dalam bangunan dari Korea Selatan di Malaysia. Berminat untuk mendapatkan maklumat dan membeli produk lampu LED TECHWONMAJU serta maklumat lanjut mengenai Tech Won Maju LED di Malaysia sila hubungi @ SMS @ WHATSAPP Pn IZA +6012-3428 908 atau 03 21665005 emailkan kepada techwonmaju@asia.com



Melaka tukar lampu LED libat kos RM200 juta





MELAKA - Melaka kini dalam proses perbincangan untuk menukar sebanyak 120,000 lampu jalan kepada berasaskan LED (Diod Pemancar Cahaya) melibatkan kos sebanyak RM200 juta, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Beliau berkata lampu jalan LED itu lebih cekap tenaga dan dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik kira-kira 50 peratus berbanding lampu jalan konvensional selain boleh dikawal secara berpusat dengan sistem dalam talian.
Katanya, perjanjian kerjasama antara kerajaan negeri dengan Asian Development Bank telah dimeterai di Singapura bulan lepas bagi  menjalankan kajian perlaksanaan projek berkenaan.

"Saya akan melihat perjalanan dan pengurusan pentadbiran projek ini kerana saya difahamkan ia mengambil masa kira-kira setahun lebih," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Hijau Negeri Melaka di sini, malam tadi.
Majlis itu menyaksikan AEON Bandaraya Melaka menjadi pemenang anugerah hijau bagi kategori pasar raya manakala bagi kategori agensi kerajaan dan badan berkanun diungguli Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (Pertam).   
Penyelia AEON Bandaraya Melaka, Amir Farhan Mazman, 24, berkata pasar raya itu mengamalkan budaya tidak menggunakan beg plastik 100 peratus dan menggalakkan 'outlet' yang terdapat di dalamnya untuk bersama-sama melaksanakannya selain mempunyai taman bagi mengalakkan konsep hijau.
"Setiap bulan kita akan menerbitkan majalah mengenai amalan hijau selain mengadakan aktviti bergotong-royong dan menanam pokok di sekitar kawasan letak kereta.

"Bermula bulan lepas kita telah bertukar menggunakan lampu LED dan menggunakan tab air automatik bagi mengurangkan peggunaan air dan menjimatkan tenaga elektrik," katanya.

Beliau berkata aktiviti kitar semula surat khabar lama dan 'hibernate pc' serta memadam sesetengah lampu pada waktu malam, dilaksanakan untuk mengelakkan pembaziran.
Penolong Pengurus Integriti dan Kualiti Pertam, Noor Hazirah Abu Bakar, 27, berkata pihaknya memulakan konsep hijau di agensi itu dengan mengadakan kursus mengenai amalan hijau.

"Kami turut adakan aktiviti daripada program kitar semula dengan mereka cipta meja daripada kabinet terpakai dan menjual minyak masak untuk kegunaan biodiesel serta membuat kerusi menggunakan tayar terpakai," katanya. - Bernama


Source: 
http://www.sinarharian.com.my/nasional/melaka-tukar-lampu-led-libat-kos-rm200-juta-1.551759




No comments:

Post a Comment